Wednesday 18 January 2012

Singgah Sahur.....hehehe....

lama dah rasanya tak post nota kat dalam nie...maklumlah sebok sikit....baru bukak sekolah,paham2 je lah sibuk macam mane ye...insyaallah lepas nie saya akan start post baru untuk subjek sains nie..ok, jumpa lagi ye...nanti saya akan update lagi...

Wednesday 7 December 2011

Sebelum nie saya dah post pasal mikroorganisma...sekarang nie kita 'selongkar' hal peribadi bakteria ni....kita tengok satu persatu pasal bakteria ni..kat mana tempat tinggal dia, ada berapa orang adik beradik dia nie..hehehe...jom layaaannnnn...



  

BELAKANG RUMAH...?

 Sambil-sambil layan blog nie, 
saya selitkan sikit apa yang murid kita bole buat kat rumah dia...yela, daripada dia duk 'melanguk' takde keje, baik kita suruh diorang busy sikit kat rumah...alatan dia mudah je semua...senang dan tak merbahaya pun...ok, jom layaaaannn..


ADAKAH TERDAPAT UDARA DIDALAM TANAH? 
ok, sebelum nak mula, kenala ada bahan eksperimen...senang je, bahan dia ialah sedikit tanah, air, cawan plastik dan juga botol kaca/plastik.

Langkah 1

Masukkan secawan tanah ke dalam botol.
























Langkah 2
Tuangkan 4 atau 5 cawan air ke dalam botol...
Langkah 3
Lepas tu, perhatikan apa yang keluar daripada tanah ke dalam air.












Senang je kan?Sebenarnya tujuan eksperimen ini ialah untuk menyiasat adakah udara terdapat dalam tanah...Keputusannya ialah YA...Tanah mengandungi ruang-ruang udara di antara zarah-zarahnya. Semasa proses menuang air ke dalam tanah, air memenuhi ruang dan menolak udara keluar darinya. Udara itu bergerak keatas dan akhirnya terlepas sebagai gelembung-gelembung udara didalam air...ok, dah faham?hehehe....

*kredit to en suhaimi mamat, penulis buku Sains Belakang Rumah

Monday 5 December 2011

MIKROORGANISMA

Jom kita layan satu topik nie pulak...topik nie kalau tengok macam susah...tapi sebenarnya sangat senang...kenapa plak rasa susah?senang je, sebab murid ingat nie subjek sekolah menengah...nampak kan level murid sekolah rendah kat mana...blaja Sains darjah 6 pun daa macam sekolah menengah punya..kira hebat le tu...huhuhu...ok, jom layan post saya nie...


* kalau salah tolong betulkan...hehehhe...nak view yang lebih 'clear', klik je pada gambar...

Monday 28 November 2011

LAYANNN......

asyik belajar je...bila lagi nak hiburkan hati..ape lagi, moh kite layan jap video nie...mana tau, hati rungsing jadi tenang...hati tenang jadi runsing...eh, betul ke?? lantakla, layan je la...




JENIS HAIWAN DAN TABIAT PEMAKANANNYA...

Baik...cara nak bina rantai makanan dah pun ditulis...jadi sekarang nak kenalpasti, apakah tabiat pemakanan haiwan? lepas tu kita nak tau gak nama saintifik haiwan-haiwan ni berdasarkan kepada tabiat makannya...ok, zoom out...


1. Herbivor 
- Haiwan herbivor ialah haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan saja...Haiwan ni tak makan benda berdarah tau...hehehe...contoh haiwan ini adalah seperti lembu, kambing, serangga dan sebagainya yang makan tumbuh-tumbuhan sahaja.


2. Karnivor
- Haiwan karnivor ialah haiwan yang makan haiwan lain...Haiwan nie bahaya sikit,kadangkala manusia pun dia makan...tp tgk jenis haiwan la...haiwan ni juga dikenali sebagai haiwan maging, yang mana membawa maksud makan daging sahaja...tumbuhan tak makan tau...salah satu contoh haiwan ini ialah yang telan garuda 2 minggu lepas...hehehehe...harimau, singa dan ular adalah dalam kumpulan ini...


3. Omnivor
- Haiwan omnivor ialah haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain...dua-dua sekali dia makan...contoh haiwan dalam kumpulan ini adalah seperti ayam, burung dan monyet.

BAGAIMANA MEMBINA RANTAI MAKANAN









Kita akan bincangkan mengenai rantai makanan...sebelum tu, kita kena kenalpasti dulu apakah elemen penting dalam rantai makanan ini. Apa yang penting, sebelum membina sesuatu rantai makanan, kita perlu tahu apakah tabiat pemakanan setiap haiwan...formula rantai makanan macam yang terdapat pada gambar..tak jelas, klik pada gambar ye...

Template by:

Free Blog Templates