Monday 28 November 2011

LAYANNN......

asyik belajar je...bila lagi nak hiburkan hati..ape lagi, moh kite layan jap video nie...mana tau, hati rungsing jadi tenang...hati tenang jadi runsing...eh, betul ke?? lantakla, layan je la...




JENIS HAIWAN DAN TABIAT PEMAKANANNYA...

Baik...cara nak bina rantai makanan dah pun ditulis...jadi sekarang nak kenalpasti, apakah tabiat pemakanan haiwan? lepas tu kita nak tau gak nama saintifik haiwan-haiwan ni berdasarkan kepada tabiat makannya...ok, zoom out...


1. Herbivor 
- Haiwan herbivor ialah haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan saja...Haiwan ni tak makan benda berdarah tau...hehehe...contoh haiwan ini adalah seperti lembu, kambing, serangga dan sebagainya yang makan tumbuh-tumbuhan sahaja.


2. Karnivor
- Haiwan karnivor ialah haiwan yang makan haiwan lain...Haiwan nie bahaya sikit,kadangkala manusia pun dia makan...tp tgk jenis haiwan la...haiwan ni juga dikenali sebagai haiwan maging, yang mana membawa maksud makan daging sahaja...tumbuhan tak makan tau...salah satu contoh haiwan ini ialah yang telan garuda 2 minggu lepas...hehehehe...harimau, singa dan ular adalah dalam kumpulan ini...


3. Omnivor
- Haiwan omnivor ialah haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain...dua-dua sekali dia makan...contoh haiwan dalam kumpulan ini adalah seperti ayam, burung dan monyet.

BAGAIMANA MEMBINA RANTAI MAKANAN









Kita akan bincangkan mengenai rantai makanan...sebelum tu, kita kena kenalpasti dulu apakah elemen penting dalam rantai makanan ini. Apa yang penting, sebelum membina sesuatu rantai makanan, kita perlu tahu apakah tabiat pemakanan setiap haiwan...formula rantai makanan macam yang terdapat pada gambar..tak jelas, klik pada gambar ye...

Kepentingan Kemandirian Spesis Haiwan


Secara umumnya, kemandirian spesis tumbuhan dan haiwan adalah sangat penting kepada setiap hidupan. Ini kerana ianya sentiasa berkaitan antara satu sama lain. Perkaitan ini dapat dilihat berdasarkan kepada setiap rantai makanan dan siratan makanan. Nantikan siratan dan rantai makanan pula ye...untuk 'view' yang lebih jelas, klik pada mind map tu ye...

Friday 25 November 2011

Cara - cara Tumbuhan Memastikan Kemandirian Spesisnya


Monday 7 November 2011

Cara - cara Haiwan memastikan Kemandirian Spesisnya

Cara Haiwan Memastikan Kemandirian Spesis


Terdapat pelbagai cara haiwan memastikan kemandirian spesisnya.Antaranya ialah:


i. bertelur banyak - inferens - untuk memastikan telurnya tidak habis dimakan oleh pemangsa.
- contoh haiwan bertelur banyak - katak


mem

2. Membawa anak di dalam kantung / poket - inferens -  melindungi anaknya daripada gangguan musuh. Anak akan berada di dalam kantung sehingga ia sudah cukup dewasa untuk berdikari.
- contoh haiwan ialah kanggaru


3. menjaga anak dengan cara meletakkannya didalam mulut. Contoh haiwan ialah buaya. Anak buaya mendapatkan makanan daripada sisa di mulut ibunya.


4. Terdapat juga sesetengah haiwan yang melahirkan, menyusukan dan menjaga anaknya sehingga ia mampu berdikari sendiri.Ini ialah salah satu cara bagaimana haiwan memastikan kemandirian spesisnya. Sebagai contoh, kucing menyusukan, menjaga dan melahirkan anak sebagai salah satu cara memastikan kemandirian spesis nya. 


5. menimbus telur didalam pasir - inferens - supaya telur tidak diancam oleh manusia atau haiwan pemangsa. Contoh - penyu

Sunday 6 November 2011

Apa Itu Kemandirian Spesis?

Kemandirian Spesis


Kemandirian spesis bermaksud keupayaan sesuatu hidupan dalam mengekalkan spesis nya untuk terus hidup. Terdapat berbagai cara hidupan memastikan kemandirian spesis hidupan tersebut. 


Bagaimana Haiwan Memastikan Kemandirian Spesisnya?


Seperti juga hidupan lain, haiwan juga perlu memastikan kemandirian spesisnya. Terdapat beberapa cara haiwan memastikan kemandirian spesisnya. Ada yang bertelur banyak, ada yang melahirkan anak, ada yang menjaga anaknya sehingga anak itu boleh berdikari sendiri dan ada juga yang membuat sarang di tempat yang tinggi bagi memastikan anaknya atau telur tidak diganggu oleh musuh.Ok, sebelum kita pergi lebih jauh dalam tajuk ini kita lihat dulu tayangan di bawah mengenai haiwan menjaga anak-anaknya untuk memastikan kemandirian spesisnya...Selamat menonton...






Template by:

Free Blog Templates